Kelebihan Aircond Cuckoo

tips pilih aircond terbaik

KELEBIHAN AIRCOND CUCKOO

TIPS MEMILIH AIRCOND TERBAIK

1. KELUASAN RUANG

Antara perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah berapa besar “horsepower” atau singkatannya HP air cond yang perlu dibeli.

Secara umumnya, air cond dijual dalam varian 1.0HP, 1.5HP dan 2.0HP.

Lagi besar HP, lagi mahal harganya – namun lebih berbaloi membeli air cond dengan HP lebih besar sekiranya ruangan yang ingin disejukkan adalah besar seperti di ruang tamu.

Di sinilah anda perlu mengetahui seberapa besarkah ruangan yang ingin disejukkan.

Sekiranya anda memakai penghawa dingin dengan HP yang rendah, air cond anda terpaksa bekerja lebih keras untuk menyejukkan ruangan tersebut dan perkara ini akan menyebabkan bil elektrik anda melambunng tinggi!

2. INVERTER VS NON INVERTER

Tips tips beli air cond yang kedua adalah memilih air cond yang mempunyai inverter sekiranya anda mampu.

Kebiasaannya penjual akan bertanyakan sama ada anda perlukan air cond inverter atau non-inverter?

Secara umumnya, air cond jenis inverter lebih jimat tenaga berbanding non-inverter.

Namun, harganya sedikit mahal berbanding non-inverter.

Tapi, kos awal yang lebih besar ini cukup berbaloi sekiranya anda menggunakan penghawa dingin secara kerap hampir setiap hari untuk tempoh masa yang panjang – contohnya pada waktu malam sehingga pagi ketika masa tidur anda.

Sekiranya anda ada bajet lebih, sentiasa pilih yang jenis inverter.

3. ENERGY SAVING

Kebiasaannya apabila anda membeli apa-apa perkakasan atau barangan elektrik, anda boleh lihat terdapat pelekat Energy rating yang biasanya diletakkan dengan logo bintang.

Lagi banyak bintang, lagi efektiflah penggunaan tenaga oleh alatan elektrik tersebut.

Kebiasaannya, air cond yang daripada jenis inverter mempunyai Energy rating yang lebih baik.

Sifir mudahnya, lebih tinggi Energy rating lebih jimat penggunaan tenaga elektrik.

wall mounted aircond vs ceiling aircond

JENIS AIRCOND

WALL MOUNTED

Wall mounted atau dalam bahasa mudahnya penghawa dingin yang digantung pada dinding adalah jenis yang paling popular dikalangan pengguna kerana mudah dipasang, murah dan terdapat berbagai-bagai jenis model dipasaran.

Jenis aircond wall mounted ini sesuai untuk kediaman dan ruang yang kecil.

CEILING CASSETTE

Seperti namanya, aircond jenis ini dipasang pada ceiling terutamanya di pejabat atau ruang yang besar.

Banyak kelebihan penghawa dingin jenis ini antaranya adalah dapat menyejukkan ruang yang besar dengan cepat kerana ia mempunyai 4 penjuru sayap penyebar.

Kelebihan yang lain adalah ceiling cassete aircond tidak memakan ruang dinding anda, nampak lebih classy dan kemas kerana kabelnya tidak kelihatan.

 

aircond inverter

BEZA AIRCOND INVERTER & NON INVERTER

Sebelum kita mengetahui apakah perbezaan antara aircond inverter dan aircond non inverter kita kena tahu dulu apakah yang dimaksudkan dengan inverter.

Apakah inverter? Inverter tugasnya mengawal motor compressor aircond untuk berada dalam kondisi yang paling optimum.

Inverter membolehkan motor compressor mempunyai pelbagai variasi pengawalan.

Sebagai contoh, apabila suhu sudah mencapai kadar yang diinginkan, inverter akan memberi signal kepada motor compressor untuk berhenti bekerja.

Oleh itu, motor tidak akan bekerja sepanjang masa dan penggunaan elektrik akan lebih rendah.

Berbanding dengan aircond yang tidak mempunyai inverter, motor compressor hanya mempunyai variasi yang tetap samada rendah atau tinggi.

Jika anda adalah pengguna aircond yang kerap, selalu terjaga malam untuk mengubah suhu yang terlampau sejuk beralihlah kepada inverter kerana inverter boleh mengawal suhu mengikut kesesuaian.

Mengikut panduan daripada laman web Acson, jika anda menggunakan aircond lebih daripada 4 jam sehari, wajar anda mendapatkan aircond yang ada inverter. Jika tidak guna sahaja aircond yang non-inverter.

Kelebihan Aircond Cuckoo

KELEBIHAN AIRCOND CUCKOO

  1. JENAMA AIRCOND TERKEMUKAFujiaire Global Sdn. Bhd. merupakan syarikat telah beroperasi lebih 30 tahun, pakar dalam penghasilan penghawa dingin
  2. JAMINAN 5 TAHUN – Peralatan elektrik mempunyai jangka hayat tertentu. Jaminan 5 tahun ini memastikan anda tidak ‘pening kepala’ jika berlaku masalah dan kerosakan.
  3. VITA-SILVER FILTRATION – Tidak seperti aircond biasa dalam pasaran, Vita S didatangkan dengan Vitamin C Filter & Silver Ion Filter yang bersifat antioksida dan antibakteria! (Ditukar setiap 6 bulan)
  4. GOLDEN HYDROPHILLIC FIN – Cooling Coil dengan saduran keemasan yang terbukti lebih baik untuk penyejukan dan peralihan haba panas
  5. 4D AIRFLOW – Udara sejuk dapat dihembuskan dalam ruangan bilik melalui kesemua arah – kiri, kanan, atas, bawah
  6. TEKNOLOGI PINTAR – Dalam dunia serba moden ini, aircond ini sangat mesra teknologi bagi memudahkan pengguna. Boleh dikawal dengan telefon bimbit!
  7. SERVIS SETIAP 6 BULAN– Aircond sangat mudah untuk melekat habuk. Dengan pelan rental RM98/bulan & RM108/bulan ini, Cuckoo turut akan memberikan servis setiap 6 bulan bagi memastikan habuk dibersihkan sekaligus bilik lebih sejuk dan jimat tenaga elektrik
  8. JIMAT ELEKTRIK – Aircond inverter ini telah mendapat pensijilan 4 Energy Star & telah dibuktikan tahap penjimatan elektrik untuk jangka panjang
  9. GAS R32 TERKINI – Tidak lagi menggunakan teknologi lama gas R22 dan R410, gas R32 ini adalah lebih cepat sejuk, dapat menjimatkan elektrik dan lebih selamat untuk alam sekitar.

Diharapkan selepas membaca artikel Kelebihan Aircond Cuckoo diatas, anda dapat membuat pilihan tepat untuk membeli aircond yang sesuai untuk dipasang di rumah anda.

SENARAI OFFICIAL BRANCH CUCKOO MALAYSIA
Cuckoo Johor | Cuckoo Melaka | Cuckoo Negeri Sembilan | Cuckoo Selangor | Cuckoo Perak | Cuckoo Kedah | Cuckoo Penang | Cuckoo Perlis | Cuckoo Kelantan | Cuckoo Terengganu | Cuckoo Pahang | Cuckoo Sabah | Cuckoo Sarawak | Cuckoo Putrajaya | Cuckoo Labuan

Share this:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!